Assalamualaikum!


Wednesday, 31 October 2012

Tazkirah Ringkas



ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له  

وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله




Tazkirah ringkas ini akan menceritakan mengenai salah satu kepentingan solat:-


QS 29:45


Surah Al-'Ankabut, ayat 45

Maksud: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Walaupun anda solat 5 waktu secukupnya, tetapi perangai seperti *haiwan yang tiada akal, maknanya ada silap dalam mambaca surah Al-Fatihah. Al-Fatihah umpamanya seperti akar dalam solat. Jika salah sahaja Al-Fatihah, maknanya seperti batal solat kerana membaca Al-Fatihah dengan betul adalah salah satu rukun solat. Untuk mengukuhkan kenyataan ini, saya kemukakan ayat 4, surah Muzzammil:-

QS 73:4

Surah Muzzammil, ayat 4

Maksud: Baca Al-Quran dengan tartil.

Tartil ialah membaca dengan bertajwid seperti panjang-pandeknya, idgham, ikhfak, izhar dan lain-lain

بارك الله فيكم

وبالله توفيق وهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Minta maaf atas bahasa yang kasar, tetapi untuk renungan bersama

Sunday, 26 August 2012

Hukum Menghisap Shisha


ﺍﻥ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻧﺤﻤﺪﻩ ﻭﻧﺴﺘﻌﻴﻨﻪ ﻭﻧﺴﺘﻐﻔﺮﻩ ﻭﻧﻌﻮﺫ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺷﺮﻭﺭ ﺍﻧﻔﺴﻨﺎ ﻭﻣﻦ ﺳﻴﺌﺎﺕ ﺍﻋﻤﺎﻟﻨﺎ ﻣﻦ ﻳﻬﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻼ ﻣﻀﻞ ﻟﻪ ﻭﻣﻦ ﻳﻀﻠﻞ ﻓﻼ ﻫﺎﺩﻱ ﻟﻪ Assalamualaikum. Pada zaman sekarang ni, lepas zaman rokok, masuklah zaman shisha, mungkin ada yang pernah dengar kawan-kawan yang menghisapnya tapi sebelum tu, mari saya memperkenal apa itu shisha.

Shisha (atau nama lain 'Hookah') adalah panggilan dalam bahasa arab. Shisha datang dari Saudi Arabia. Bahan untuk membakarnya ialah arang dan tembakau yang berperisa. Ia sejenis waterpipe seperti hos. Shisha dan rokok adalah dua benda yang sama. Hanya hisap tembakau tetapi cara menghisapnya berbeza. Nikotinnya kurang sedikit daripada rokok tetapi tar dalam shisha jauh lebih tinggi daripada dalam rokok.

Soalan: Apa hukum hisap shisha?

Jawapan: Terdapat khilaf ulama' tentang menghisap shisha, ada yang mengatakan HARAM dan ada yang mengatakan MAKRUH. Ini pendapat daripada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

"Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah HARAM bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah SWT:



"dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk"
                                 Al-A'raf, ayat 157


Banyak kajian yang membuktikan shisha berbahaya. Salah satunya kajian dari WHO (Persatuan Kesihatan Sedunia), menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.
WHO juga melaporkan, 17% kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.
Secara kesimpulannya, hukum menghisap shisha HARAM dengan bukti-bukti di atas. Allah mengharamkan yang buruk kerana mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Jadi, patuhi undang-undang yang Allah tetapkan untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat yang kekal selama-lamanya.